
Pada ambang sambutan tahun baru 2012, AADK Selangor bersama dengan jabatan lain seperti Jabatan Agama Islam (JAIS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Imigresyen dan Pihak Berkuasa Tempatan (MBPJ,MPSJ,MBSA)telah menjalankan satu operasi mencegah perlakuan tidak bermoral iaitu yang disambut baik oleh masyarakat sekitar bagi mencegah jenayah yang berleluasa ketika ini. Serbuan terhadap beberapa buah hotel murah (budget) telah menjumpai beberapa pasangan yang sedang asyik berasmara ketika malam tahun baru. Ujian saringan juga dijalankan bagi mengesan pasangan yang mengambil dadah pada malam tersebut.